Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Solat. Papar semua catatan

Selasa, 29 Disember 2015

TIP YANG DAPAT MEMBANTU KITA RAJIN SOLAT 5 WAKTU



Solat 5 waktu merupakan salah satu kewajipan umat Islam. Sebagai penganut agama Islam, kita sudah tentu tahu hal tersebut. Sayangnya, banyak sekali godaan dan halangan sehingga kita selalu menjadi malas untuk menunaikannya. Akibatnya, kita sering meninggalkan solat lima waktu.

Kita tentu ingin keluar dari masalah tersebut. Kita ingin rajin melaksanakan solat lima waktu. Kita ingin solat 5 waktu merupakan sebahagian dari aktiviti harian kita. Malangnya, keinginan tersebut hanya sekadar keinginan belaka. Kita masih juga meninggalkan solat 5 waktu. Hairan, bukan?

Harap kita janganlah menyerah kalah. Kita boleh menjadi rajin melaksanakan solat 5 waktu dengan mencuba guna-pakai 10 tip berguna seperti dibawah ini.


1.  Mengapa solat itu diwajibkan

Fahamilah mengapa kita wajib melaksanakan solat 5 waktu. Jika kita terlupa, ingatlah, solat 5 waktu merupakan ibadah yang pertama sekali dihisab pada Yaumul Hisab (Hari Perhitungan), menjadi tiang agama, kunci syurga, menghapuskan dosa, mengelak dari seksa kubur, dan berdosa besar jika ditinggalkan.

2.  Manfaat solat

Fahami juga manfaat yang akan kita perolehi dengan melaksanakan solat lima waktu, manfaat dari segi psikologi dan segi kesihatan.

Secara psikologi, orang yang rajin solat 5 waktu memiliki hati yang tenteram, selalu ingat kepada Allah SWT, terhindar dari pemikiran keji dan munkar, sabar, dan bersyukur. Dari segi kesihatan pula, mereka antara lain mempunyai wajah yang tenang dan bercahaya, bersemangat, dan tubuh yang sihat.

Sebaliknya, orang yang tidak mengerjakan solat lima waktu akan memiliki fikiran tidak tenteram, stres, dengki, cemas, emosional, dan seumpamanya. Keadaan psikologi seperti ini boleh merosakkan daya tahan tubuh.

3.  Ingat dunia itu sementara

Kita mungkin malas solat 5 waktu kerana sibuk mengejar keduniaan untuk membiaya kehidupan harian. Namun begitu, ingatlah bahawa dunia itu sementara. Semua kita akan mati dan akan kembali kekampung asal kita, iaitu akhirat. Yang akan kita bawa hanyalah amalan selama kita masih hidup, bukan kebendaan dunia seperti kereta, rumah, wang ringgit dan sebagainya.

Dengan mengingat dunia itu sementara, kita akan tersedar bahawa kita harus mempersiapkan diri untuk menuju kehidupan yang kekal. Semoga dengannya, kita akan tergerak untuk menunaikan solat 5 waktu dan solat-solat lainnya yang pengerjaannya tidaklah selama melakukan urusan dunia.

Sebagai contoh, kita hanya perlukan masa lebih-kurang 5 minit untuk menunaikan solat Zohor. Bandingkan dengan menulis artikel atau memasarkan produk yang lamanya mungkin berjam-jam.

4.  Lakukan secara bertahap agar menjadi kebiasaan

Tip pertama sampai ke-3 seharusnya dapat membuat kita rajin melaksanakan solat. Namun, bila ketiga tip tersebut tidak mendatangkan hasil, tiada masalah. Rajin tidaknya seseorang melakukan solat dipengaruhi oleh keimanan dan kebiasaan.

Untuk menjadikan solat itu satu kebiasaan, lakukanlah secara bertahap. Sebagai contoh, hari ini kita melaksanakan solat Maghrib dan Isyak. Hari berikutnya, kita laksanakan pula solat Maghrib, Isyak, dan Zohor. Hari-hari berikutnya tambah lagi jumlah solat yang dilakukan sehingga kita terbiasa melakukan solat lima waktu setiap hari.

Mengapa dilakukan secara bertahap? Kerana itu lebih baik daripada kita tidak menunaikan solat 5 waktu sama sekali dalam sehari. Selain itu, pembentukan kebiasaan memerlukan masa yang lamanya bergantung pada diri masing-masing.

5.  Tandakan solat yang dilakukan

Catit setiap solat waktu yang dilakukan. Kita boleh menggunakan MS Excel,  OpenOffice Calc (aplikasi percuma menyamai fungsi MS Excel) atau cara lain. Jika kita menggunakan MS Excel atau OpenOffice Calc, buatlah seperti contoh dibawah. Tandakan Y jika solat dilakukan, dan X jika sebaliknya.


Tarikh Subuh Zohor Asar Maghrib Isyak Keterangan
1 X Y Y Y Y X = bangun 8 pagi
2
3
… 30/31


Diruang keterangan, isikanlah penyebab kita tidak melakukan sesuatu solat. Sebagai contoh, jika kita ketinggalan solat Subuh, dan sebabnya kita terbangun kesiangan, usahakanlah mengambil langkah untuk memperbaiki atau mengatasinya.

Bagi contoh diatas, langkah yang mungkin diambil adalah tidur lebih awal dan/atau memasang penggera 5 minit sebelum masuk waktu. Apa pun langkahnya, buatlah secara sederhana dan semenarik mungkin sehingga kita mampu menghilangkan penyebab tidak bersolat tersebut.

Cara ini sangat baik terutama dipermulaan membiasakan diri bersolat 5 waktu.

6.  Jangan melambat-lambatkan solat

Usahakan kita tidak menunda-nunda solat. Saat mendengar suara azan, berhentilah melakukan sesuatu dan bersiaplah untuk melaksanakan solat. Jika ditangguh-tangguh, kita mungkin terlupa kerana kesibukan yang tidak ada penghujungnya. Selain itu, tidak ada jaminan kita masih hidup saat menunda-nunda solat tersebut.

Suatu contoh lagi, kita mahu keluar rumah. Jika sebentar lagi akan masuk waktu solat, tunggulah sehingga bersolat terlebih dahulu sebelum kita bertolak pergi.

Contoh lain, jika kita ada pertemuan dengan teman atau rakan bisnes, aturlah pertemuan tersebut sehingga tidak bertembung dengan waktu solat. Berikan alasan pengaturan pertemuan tersebut kepada teman dan rakan bisnes kita, pasti mereka akan mengerti.

7.  Berniat dengan ikhlas

Saat akan melaksanakan solat 5 waktu, berniatlah dengan tulus ikhlas hanya kerana Allah SWT. Jangan berniat atau terlintas dihati kerana ingin mendapatkan perhatian orang yang kita sayang, ingin disayangi mertua, ingin dipuji manusia, ingin terlihat sebagai orang yang warak, dan sebagainya.

8.  Lakukan solat berjemaah

Mengapa harus berjemaah? Seperti sabda Rasulullah SAW, solat berjemaah ganjarannya dua puluh tujuh kali ganda dibandingkan dengan solat bersendirian.

Jika rumah kita berdekatan masjid, tunaikanlah solat lima waktu secara berjemaah dimasjid. Jika tidak memungkinkan kita kemasjid atau surau, ajaklah anak, isteri, suami, atau saudara kita untuk berjemaah bersama di rumah.

9.  Bersahabat dengan orang yang rajin solat

Teman juga boleh membantu kita untuk rajin mengerjakan solat. Kerana itu, bertemanlah dengan mereka yang rajin kemasjid atau surau. Dengan teman-teman seperti itu, kita akan diingatkan, diajak atau mengikut sama secara sukarela melaksanakan solat lima waktu apabila masuk waktunya.

10.  Baca buku-buku atau layari internet tentang Islam

Tips terakhir adalah membiasakan diri membaca buku-buku tentang Islam diwaktu terluang. Sebagai contoh, kita lakukannya sebelum masuk tidur malam. Hal ini lebih baik daripada kita melihat status teman kita di media sosial atau mengkhayal seorang diri. Ini akan menambah kefahaman kita tentang Islam, dan kita mempunyai wawasan berhubung akhirat dan menambahkan cinta kita kepada Allah SWT dan Rasul kita Muhammad Rasulullah SAW.


Solat 5 waktu memang tidak mudah dikerjakan kerana syaitan sentiasa menghalangi umat Islam untuk melaksanakannya. Cubalah sepuluh tips sederhana di atas untuk mengatasi halangan tersebut. Insya Allah kita akan menjadi rajin melaksanakan solat 5 waktu. Jika mungkin dan berkesempatan, bergurulah dengan ulamak atau ustaz dilingkungan rumah kita atau dimana sahaja agar kita mendapat bimbingan dan menjadi lebih rajin lagi.


Rabu, 16 Disember 2015

RAHSIA BUAT ANAK KITA SOLAT TANPA PERLU DISURUH, DIBEBEL ATAU DIPUKUL



MAHA SUCI ALLAH SWT



Anak perempuan saya umur 13 tahun dan sangat ‘liat’ nak solat. 

Satu hari, terlintas di hati nak pantau anak saya solat. Boleh dia hampar sejadah atas lantai je.. tapi tak solat.

Bila saya tanya dah solat ke belum, katanya ‘dah’. Saya rasa sangat marah… dah la tak solat… menipu pulak…
 
Disebabkan perasaan marah, saya pukul anak saya….
 
Masyaa Allah, saya tahu saya dah buat silap. Saya menangis dan saya mohon ampun pada Allah.
 
Saya dah pukul anak saya, saya dah bebel-bebel, saya dah bagi warning… tapi anak saya tetap tak berubah… susah dan liat nak solat...
 
Pada suatu hari, ada kawan bagitau saya satu cerita.

Dia ada pergi ke rumah salah seorang kawan lamanya. Kawannya tu tak la kuat agama sangat, tapi bila azan berkumandang, anak-anaknya terus bergegas bangun untuk solat.
 
Tak perlu disuruh….

Kawan saya ni tanya la macam mana nak buat anak-anaknya solat tanpa perlu disuruh..
 
Beliau berkata, “sebelum saya berkahwin saya baca doa ni dan saya masih amalkan sampai sekarang”
 
Sejak dari hari tu, saya tak putus-putus baca doa ni.
 
Saya baca dalam sujud..setiap kali solat dan bila-bila je… doa.. doa.. dan doa….
 
Alhamdulillah, sejak mengamalkan doa ni, anak perempuan saya yang dulu liat solat dah mula berubah… solat tak perlu disuruh dah… solat Subuh pun boleh bangun sendiri, tak payah saya kejutkan.

Dan Alhamdulillah, adik beradik yang lain pun semuanya ikut kakak diaorang.. solat tanpa perlu disuruh..

Doanya adalah dalam Surah Ibrahim [14], ayat # 40

Dan Doa adalah …


Rabbij ‘al nii muqiimas solaati, wa min zurriyyatii
rabbanaa wataqobbal Du’aa’…..

“Wahai Tuhanku! Jadikanlah daku orang yang mendirikan solat dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankanlah doa permohonanku”


In Shaa Allah… Jom Amal….

Semoga anak2 kita semua rajin mendirikan solat bersama….

Aamin.


Sumber: Sakri Ree


Ahad, 6 Disember 2015

GANJARAN ALLAH SWT - SOLAT DAN PUASA




Ali bin Abi Talib r.a. berkata : 

Sewaktu Rasullullah S.A.W. duduk bersama para sahabat Muhajirin dan Ansar, maka dengan tiba-tiba datanglah satu rombongan orang-orang Yahudi, lalu berkata : "Ya Muhammad, kami hendak bertanya kepada kamu kalimat-kalimat yang telah diberikan oleh Allah kepada Nabi Musa A.S. yang tidak diberikan kecuali kepada para Nabi utusan Allah atau malaikat muqarrab."

Lalu Rasullullah S.A.W. bersabda : "Silakan bertanya."

Berkata orang Yahudi : "Sila terangkan kepada kami tentang 5 waktu yang diwajibkan oleh Allah keatas umatmu."

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Zuhur jika tergelincir matahari, maka bertasbihlah segala sesuatu kepada TuhanNya, Solat Asar itu ialah saat ketika Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi, Solat Maghrib itu adalah saat Allah menerima taubat Nabi Adam A.S., maka setiap mukmin yang solat Maghrib dengan ikhlas kemudian dia berdoa meminta sesuatu pada Allah maka pasti Allah akan mengkabulkan permintaannya. Solat Isya’ itu ialah solat yang dikerjakan oleh para Rasul-Rasul sebelumku, Solat Subuh adalah sebelum terbit matahari, ini kerana apabila matahari terbit, terbitnya diantara dua tanduk syaitan dan disitu sujudnya tiap orang kafir."

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata : "Memang benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, katakanlah kepada kami apakah pahala yang akan didapati oleh orang yang solat."

Rasullullah S.A.W bersabda : "Jagalah waktu-waktu solat terutama solat yang pertengahan, Solat Zuhur, pada saat itu bernyalanya neraka Jahanam, orang mukmin yang mengerjakan solat pada ketika itu akan diharamkan keatasnya bahang api neraka Jahanam pada hari Kiamat."

Sabda Rasullullah S.A.W. lagi : "Manakala solat Asar, adalah saat di mana Nabi Adam A.S. memakan buah Khuldi. Orang mukmin yang mengerjakan solat Asar akan diampunkan dosanya seperti bayi yang baru lahir."

Setelah itu Rasullullah S.A.W. membaca ayat yang bermaksud : "Jagalah waktu-waktu solat terutama sekali solat yang pertengahan, sholat Maghrib itu adalah saat di mana taubat Nabi Adam A.S. diterima. Seorang mukmin yang ikhlas mengerjakan solat Maghrib kemudian meminta sesuatu dari Allah maka Allah akan perkenankan."

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Solat Isya’ (atamah). Katakan kubur itu adalah sangat gelap dan begitu juga pada hari Kiamat, maka seorang mukmin yang berjalan dalam malam yang gelap untuk pergi menunaikan solat Isya’ berjamaah, Allah S.W.T. haramkan dari terkena nyalaan api neraka dan diberiNya cahaya untuk menyeberangi titian sirath."

Sabda Rasullullah S.A.W. seterusnya : "Solat Subuh pula, seorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjamaah, diberi oleh Allah S.W.T. dua kebebasan iaitu :

1. Dibebaskan dari api neraka.
2. Dibebaskan dari nifaq."

Setelah orang Yahudi mendengar penjelasan dari Rasullullah S.A.W. maka mereka berkata : "Memang benarlah apa yang kamu katakan itu wahai Muhammad (S.A.W). Kini katakan pula kepada kami semua kenapakah Allah S.W.T. mewajibkan puasa 30 hari ke atas umatmu?"

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Ketika Nabi Adam memakan buah pohon yang dilarang, lalu makanan itu tersangkut dalam perut Nabi Adam A.S. selama 30 hari. Kemudian Allah S.W.T. mewajibkan ke atas keturunan Adam A.S. berlapar selama 30 hari. Sementara izin makan di waktu malam itu adalah sebagai kurnia Allah S.W.T. kepada makhlukNya.”

Kata orang Yahudi : "Wahai Muhammad, memang benarlah apa yang kamu katakan itu. Kini terangkan kepada kami ganjaran pahala yang diperolehi dari puasa itu."

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang hamba yang berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan ikhlas kepada Allah S.W.T. dia akan diberi oleh Allah S.W.T. tujuh perkara :

1. Akan dicairkan daging haram yg tumbuh dari badannya (daging yang tumbuh dengan makanan yang haram) .
2. Rahmat Allah senantiasa dekat dengannya.
3. Diberi oleh Allah sebaik-baik amal.
4. Dijauhkan dari merasa lapar dan haus.
5. Diringankan baginya siksa kubur (siksa yang sangat mengerikan).
6. Diberikan cahaya oleh Allah S.W.T. pada hari Kiamat untuk menyeberang titian sirath.
7. Allah S.W.T. akan memberinya kemudian di syurga."

Kata orang Yahudi : "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad. Katakan kepada kami kelebihanmu antara semua para nabi-nabi."

Sabda Rasullullah S.A.W. : "Seorang nabi menggunakan doa mustajabnya untuk membinasakan umatnya, tetapi saya tetap menyimpankan doa saya (untuk saya gunakan memberi syafaat pada umat saya di hari kiamat)."

Kata orang Yahudi : "Benar apa yang kamu katakan itu Muhammad, kini kami mengakui dengan ucapan Asyhadu Alla illaha illallah, wa asyhadu anna Muhammada Rasulullah (kami percaya bahwa tiada Tuhan kecuali Allah dan engkau utusan Allah)."


"Dan sesungguhnya akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah2an. Dan berilah berita gembira kepada orang2 yang sabar.” (Al-Baqarah : 155)