Ahad, 14 Ogos 2016

FAKTA-FAKTA YANG KITA WAJIB TAHU TENTANG ISTERI KITA





HARGAILAH PENGORBANAN SEORANG ISTERI

Kalau isteri sakiti hati suami, tandanya, 'derhaka pada suami'.

Tapi bagaimana jika suami sakiti hati isteri?
Jawab para ustaz : Berdosa jugalah.

Cuma tidak ada istilah 'suami derhaka pada isteri'.
Tapi suami akan ditanda (ditulis) Malaikat sebagai derhaka pada Allah SWT.

  • Kerana isteri - rezekimu bertambah.
  • Kerana isteri - maka lahirlah zuriatmu.
  • Kerana isteri - makan pakaimu dijaga.
  • Kerana isteri - tenang hatimu.
  • Kerana isteri - lembut pandangan matamu.

Kerana isteri adalah satu-satunya manusia yang boleh melihat cacat celamu yang tersembunyi dari pandangan matamu dan masih menerimamu seadanya.

Janganlah sakiti hati mereka.

Ingatlah setiap pengorbanan mereka. Walau pun kecil dimatamu, baginya besar buat dirinya.

Setiap  peluhnya yang menitik yang berkerja untuk keluarganya, setiap airmata yang menitis untuk anak-anak dan suaminya, adalah salah satu tanda;

Dia isteri yang terbaik buatmu, wahai yang bergelar suami.


RENUNGAN SEPINTAS LALU

Mengapa wanita sering menangis?

Jawab Allah : Kerana wanita itu unik.

  • Aku ciptakan ia sebagai makhluk istimewa.
  • Aku kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya.
  • Aku lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman.
  • Aku kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia.
  • Aku teguhkan peribadinya untuk terus berjuang disaat yang lainnya menyerah.
  • Aku beri dia naluri untuk tetap menyayangi, walau dikhianati oleh teman, walau disakiti oleh orang yang disayanginya.

Wanita makhluk kuat :

Tapi jika suatu saat dia menangis, itu kerana AKU beri airmata untuk membasuh luka batin, dan memberi kekuatan baru.


WANITA SANGATLAH ISTIMEWA

Kepada lelaki, hargailah wanita, agar kita mengerti bahawa wanita adalah ciptaan Allah yang istimewa ...

  • Wajah ibu - paling cantik.
  • Masakan ibu - paling sedap.
  • Kata ibu - paling berharga.
  • Doa ibu - paling makbul.
  • Restu ibu - paling diberkati.

IBU SANGAT SEMPURNA DIMATA KITA