Ayat Kursi |
KISAH BENAR : MENGAPA AWAK TIDAK ROGOL SAYA ?
Kisah ini adalah kisah benar yang berlaku di Amerika Syarikat (US). Ia menceritakan tentang
seorang wanita muslimah, bertudung dan mempunyai akhlak yang baik.
Suatu hari, dalam keadaan malam yang sunyi dan dalam perjalanan pulang dari tempat kerjanya, dia memutuskan mengambil jalan pintas untuk pulang kerumah.
Jalan tersebut sememangnya tidak ramai dilalui orang. Disebabkan hari sudah lewat malam dan dia terpaksa melalui jalan yang agak gelap membuatkan dia jadi agak gelisah dan takut. Lebih-lebih lagi
dia berjalan bersendirian!
Tiba-tiba dia ternampak seorang lelaki berkulit putih bersandar didinding ditepi sebuah lorong. Dia merasa sangat takut dan tidak sedap hati. Apa yang boleh dilakukkannya diketika itu hanyalah berdoa ke hadrat Allah SWT memohon perlindungan dan keselamatannya. Dia membaca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah SWT membantunya disaat itu.
Wanita itu berjalan melepasi tempat lelaki tersebut tanpa diganggu sambil menoleh
memerhati serta mengecam wajah lelaki tersebut. Nasibnya baik kerana lelaki itu buat tidak endah
dan dia selamat sampai kerumahnya.
Keesokannya, wanita itu
terbaca disuratkhabar seorang perempuan telah dirogol oleh seorang
lelaki yang tidak dikenali dilorong tempat dia berjalan semalam hanya 10
minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Wanita muslimah ini yakin
bahawa lelaki kulit putih yang dilihatnya semalam itu adalah perogolnya.
Atas rasa tanggungjawab kemasyarakatan wanita muslimah tadi terus pergi kebalai polis
dan membuat aduan. Hasilnya, selepas lelaki tersebut berjaya ditangkap, kawad cam dijalankan dan siasatan terperinci dilakukan, polis mendapati bahawa lelaki tersebut adalah perogol
yang selama ini dalam buruan.
Atas rasa hairan mengapa dia tidak diapa-apakan oleh lelaki tersebut, wanita muslimah itu meminta keizinan polis untuk bertanya sesuatu kepada lelaki tersebut.
Wanita Muslimah : "Why don't you do anything to me on that night even though you know that I'm alone?"
("Kenapa awak tak apa-apakan saya malam itu walau pun awak tahu saya seorang diri?")
Lelaki Perogol : "No, you are not alone. That night I saw two young men
walking with you. One on your right side and the other one was by your left
side. If you were alone of course you will be my victim."
("Tak, awak tidak seorang diri. Malam itu saya lihat dua orang lelaki
berjalan bersama awak. Seorang disebelah kanan awak dan seorang lagi disebelah
kiri awak. Kalau awak seorang diri sudah tentu awak akan jadi mangsa saya.")
Pengajaran
Kita adalah hambaNya yang sentiasa mengharapkan perlindungan dan
pertolongan daripadaNya. Pasrahkanlah diri kepadaNya dan mintalah pertolongan
hanya semata-mata kepada Allah SWT. Wanita muslimah tadi adalah wanita
yang menutup aurat dan sentiasa menjaga adab batas muslimah
seperti yang disyariatkan dalam Islam. Mungkin dua lelaki yang dilihat
lelaki perogol itu adalah malaikat yang diutuskan untuk
menjaga hambaNya yang sentiasa taat dan ingat kepadaNya.
Rasulullah SAW bersabda, [bermaksud] :
"Apabila kamu masuk ke tempat
tidurmu, maka bacalah ayat Kursi 'Allahu La Ilaha Illa Huwal Hayyul
Qayyum', sehingga ayat terakhir. Maka sesungguhnya, akan sentiasa ada
penjaga dari Allah untuk kamu dan syaitan tidak akan dapat mendekati
kamu sehingga pagi". (HR Bukhari)
"Barangsiapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberikan pertolongan kepadanya ... " ( Daripada Abdullah bin 'Amr ra )
Untuk membaca diantara fadilat-fadilat Ayat Al-Kursi, sila baca DISINI