Jumaat, 8 Januari 2016

BERSAMALAH KITA BERSELAWAT KEATAS NABI MUHAMMAD SAW


Selawat (Shalawat) Nariyah


Fadhilat dan faedah amalan berselawat keatas Nabi Muhammad SAW amat banyak. Allah SWT sendiri dan para malaikat juga berselawat keatas baginda. Firman Allah :

"Sesungguhnya Allah dan malaikat-malaikat-Nya bershalawat untuk Nabi. Hai orang-orang yang beriman, bershalawatlah kamu untuk Nabi dan ucapkanlah salam penghormatan kepadanya"
(QS. Al-Ahzab, 33:56)

Menurut beberapa hadis Rasulullah SAW, secara ringkasnya antara fadhilat-fadhilat dan faedah mengamalkan membaca Selawat Nabi ialah :

  1. Para Malaikat akan berselawat pula keatas sipembaca Selawat dan Allah SWT menurunkan rahmatNya.
  2. Allah SWT akan mengurniakan kekayaan seumur hidupnya. Mereka yang berselawat lima ratus kali sehari, InsyaAllah akan memperoleh kemenangan dan keselamatan selama-lamanya, dunia dan akhirat.
  3. Mereka yang banyak berselawat akan terhapus sifat marah dari dirinya dan terjauh dari bala bencana.
  4. Mereka yang banyak berselawat adalah menjadi kekasih kepada kekasih Allah SAW.
  5. Mereka yang mengalami kesukaran untuk mencapai sesuatu yang dihajati, bacalah beberapa kali Selawat Nabi, InsyaAllah akan mudah diperolehi.
  6. Mereka yang mengamalkan banyak membaca Selawat Nabi, InsyaAllah akan mendapat rezeki yang berkat, berhasil hajatnya, hilang dukacita dan terlindung dari bala bencana.
  7. Mendapat syafaat (pertolongan istimewa) didunia dan diakhirat.

Diantara banyak-banyak Selawat Nabi yang termasyhur dan menjadi kegemaran orang membaca dan mengamalkannya adalah Selawat Tafrijiyah, atau lebih dikenali dengan panggilan Selawat Nariyah.

Allahumma shalli shalaatan kaamilatan wa sallim salaaman taaamman ‘ala sayyidina Muhammadin nilladzi tanhallu bihil ‘uqadu wa tanfariju bihil kurabu wa tuqdhaa bihil hawaa iju wa tunalu bihir raghaa 'ibu wa husnul khawaatimi wa yustasqal ghamaamu biwajhihil karim wa ‘ala aalihi wa shahbihi fi kulli lamhatin wa nafasin bi’adadi kulli ma’lumin lak(a)

Ertinya: "Ya Allah ya Tuhan kami, limpahkanlah rahmat yang sempurna dan limpahkanlah kesejahteraan yang sempurna keatas penghulu kami Nabi Muhammad, yang dengannya akan terhurailah segala simpul ikatan dan dengannya akan terhapuslah segala kesusahan dan dengannya akan tertunailah segala hajat dan dengannya akan tercapailah segala maksud dan kesudahan umur yang baik (mati dalam iman), serta terkabullah meminta hujan dengan ZatNya yang mulia dan keatas keluarga dan sahabat-sahabatnya, pada setiap kerlipan mata dan tarikan nafas dengan bilangan segala apa jua yang Engkau ketahui."

(Amalkan membacanya, pada bila-bila sahaja masa terluang, sebaik-baiknya selepas melaksanakan solat Hajat, sebanyak 44 kali atau 100 kali, beberapa malam, InsyaAllah masalah akan dapat diatasi).


Baca juga : Amalan Yang Menjadi Syafaat Di Akhirat